Home | Looking for something? Sign In | New here? Sign Up | Log out

Jumat, 11 Juni 2010

Pojok Pantun

Jumat, 11 Juni 2010
PANTUN MELAYU

Bumi Melaka begitu mewah
Dagang dan santri menjadi meriah
Banua Keling datang berhebah
Sirih pinang buat persembah

Sultan Iskandar Sultan Melaka
Abad empatbelas kisah bermula
Ole datang bersama bahtera
Adat resam menjadi gempita

Makan sirih di dalam puan
Puan datang dari Deli
Melayu, Cina, Keling juga Pagan
Sirih junjung jadi penyeri

Budaya Melayu terkenal sudah
Istana dan rakyat begitu terserlah
Sejak dahulu adat bersirih tiada gundah
Hingga kini jadi pengkisah

Sirih adat sirih dijunjung
Buat pengubat oleh si Dukun
Semuga ia jadi penyanjung
Kepada rakyat turun temurun

Gadis Acheh berhati gundah
Menanti teruna menghulur tepak
Gula manis sirih menyembah
Adat dijunjung dipinggir tidak


Buah keranji buah delima,
Mari letak atas meja;
Sirih pinang sudah ku terima,
Tanda jadi kita berdua.

Burung tekukur terbang ke Jedah,
Bubuk padang sehelai tak layu;
Sirih sekapur tanda penyudah,
Rokok sebatang bercerai lalu.

Cuba-cuba menanam sirih,
takut nak ada tumbuh sulurnya;
Cuba-cuba membuat kasih,
Takut nak ada unjuk hulurnya.

Cuba-cuba menanam sirih,
Cekor ada tumbuh sendiri;
Cuba-cuba bertambat kasih,
Kok-kok ada tunjukkan diri.

Dari Sekara terbang pipit,
Anak ulat atas papan;
Usahkan pinang bergigit,
Pinang bulat pun saya makan.

Daun selasih daun semulih,
Pohon pinang jambatan mandi;
Mari kita bertambah kasih,
Kasih ku panjang mengikat janji.

Daun sirih jangan dikait,
Kalaulah kait mematah layu;
Telunjuk lurus kelingking berkait,
Itu pepatah orang Melayu.



Sekapur sirih datang bertandang,
Di dalam puan tersusun rapi;
Tangan dihulur mata memandang,
Sebagai cincin lekat di jari.

Sirih bertepuk pinang memusing,
Pacak buluh di atas kota;
Tak boleh duduk hati rungsing,
Tak boleh tubuh nak tengok mata.

Sirih biak di tunggul buluh,
Sirih menjadi sayap rerama;
Kasih dibuat tidak bersungguh,
Kasih di hati selama-lama.

Sirih kuning di Bongor Lombok,
Tahu diambil apek serona;
Putih kuning saranannya tajuk,
Nak panggil tak tahu nama.

Sirih kuning dari barat,
Tilam kapas jatuh keramat;
Kepala pening badan pun berat,
Kalam berlepas sudah pun tamat.

Tanam nyiur pinang tak tumbuh,
Tanam sepokok dikaut lumut;
Tidur malam lena tak sungguh,
Kerana mimpi bertukar selimut.

Tetak belimbing condong ke dapur,
Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
Minta sekali dengan tuan-tuan.

0 komentar: